in , ,

Siri Live-Action Pokemon Dilaporkan Sedang Dibikin Oleh Netflix

Netflix nampaknya tidak akan memperlahankan usaha mereka dalam mengadaptasi kandungan-kandungan yang berkaitan gaming.

Terbaharu, muncul satu laporan yang mengatakan Netflix kini sedang membikin siri aksi-nyata (live-action) Pokemon. Tidak banyak butiran yang didedahkan mengenainya buat masa ini, selain hanya menyatakan yang ia masih berada dalam fasa awal pembangunan.

Laporan ini hadir daripada Variety yang mengatakan siri ini akan diterbit dan ditulis oleh Joe Henderson, yang cukup dikenali sebagai penerbit Lucifer. Netflix telah membeli hak Lucifer selepas Fox membatalkan siri itu. Selain itu, Henderson juga terlibat dalam adaptasi komik Shadecraft bersama Netflix.

Sekiranya korang sukakan Detective Pikachu, tentunya korang teruja dengan khabar ini. Walau bagaimanapun, belum ada kenyataan rasmi daripada Netflix buat masa ini terhadap laporan ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Respawn Sahkan Sedang Membangunkan Sebuah Game Single-Player Adventure Serba Baharu

Sony Hadiahkan Pelakon The Last of Us HBO PS5 Untuk Lebih Mendalami Watak