Guerrilla Games akan bekerjasama dengan Titan Comics untuk melancarkan sebuah siri komik terbaharu Horizon Zero Dawn.
Siri komik ini tidak akan menampilkan Aloy sebagai protagonis, sebaliknya membawakan Talanah, iaitu pemburu yang Aloy pernah temui dalam quest Hunter’s Lodge dalam game asal Horizon Zero Dawn.
Deskripsi siri komik ini ialah seperti berikut:
“Talanah, seorang pemburu yang kuat dan gigih, bergelut untuk mencari tujuan hidup selepas rakan yang dipercayainya, Aloy telah menghilangkan diri. Apabila ancaman misteri muncul di sebalik hutan rimba, beliau berazam untuk memburu dan menumpaskannya, sehinggalah menemui bahawa sejenis kumpulan mesin pembunuh baharu telah tiba di tanah itu.”
Siri komik ini akan mula dikeluarkan pada 22 Julai 2020, dan siri sulungnya sudah boleh dipra-tempah sekarang dengan harga USD3.99 (~RM17) di laman Comixology.
Comments
Loading…