in , ,

Siri Horizon Zero Dawn Di Netflix Akan Diterajui Pencipta Umbrella Academy, Aloy Sebagai Watak Utama

Netflix telah mendedahkan satu perkembangan baharu yang penting untuk pembangunan siri adaptasi francais game Horizon Zero Dawn.

Steve Blackman, iaitu pencipta siri Umbrella Academy telah diumumkan akan menjadi pencipta dan penulis untuk siri adaptasi Horizon Zero Dawn.

Dalam satu temuramah, Blackman mendedahkan yang watak utama dalam dua game, Horizon Zero Dawn dan Horizon Forbidden West, iaitu Aloy akan menjadi watak utama dalam siri tv ini kelak. Bermakna, siri ini nanti bukanlah sebuah spin-off dengan watak lain, tetapi tetap mengekalkan watak utama sama dari game.

Black turut mengumumkan yang beliau akan berganding bersama Michelle Lovretta sebagai penulis untuk siri ini.

Dalam khabar angin sebelum ini, siri ini dikatakan akan berjudul ‘Horizon 2074’. Ia juga dikhabarkan akan membawakan jalan cerita yang merentasi dua susur masa berbeza.

Bagi yang belum pernah bermain Horizon Zero Dawn dan sekuelnya Horizon Forbidden West, latar masa utama yang digunakan francais ini adalah kira-kira 1000 tahun selepas keruntuhan peradaban manusia terdahulu. Satu apokalips telah berlaku sekitar tahun 2070-an, dan pemain bermain dalam latar masa satu kurun selepas peristiwa itu.

Oleh itu, daripada judul yang diketahui ini, iaitu Horizon 2074, siri tv itu mungkin akan turut memaparkan bagaimana apokalips itu berlaku pada tahun tersebut.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Rasmi: Harga PS5 Naik Hampir Seluruh Dunia Termasuk Malaysia – Edisi Digital RM2,069, Edisi Disk RM2,499

Integrasi Perbualan Suara PlayStation-Discord Dilaporkan Akan Tiba Beberapa Bulan Lagi