in , ,

Siri Gran Turismo Sedang Dipertimbang Untuk Dikeluarkan Ke Platform PC

Sejak beberapa tahun belakangan ini, kita telah menyaksikan beberapa game pihak-pertama terbitan Sony yang dilancarkan ke PC.

Walau bagaimanapun, ada satu francais tersohor PlayStation yang sehingga hari ini masih belum dibawakan ke platform PC — siri Gran Turismo.

Dalam satu temuramah bersama GT Planet, pencipta siri ini, Kazunori Yamauchi telah ditanyakan mengenai persoalan ini, dan nampaknya mereka sebenarnya sedang mempertimbangkan siri game simulasi perlumbaan itu untuk dibawa ke PC.

“Ya, saya fikir begitu,” jawab Yamauchi. “Gran Turismo merupakan game yang telah digilap dengan amat baik. Tidak banyak platform yang boleh memainkan game ini dalam 4K/60FPS secara natif, jadi satu cara untuk ia terjadi adalah dengan mengecilkan platform. Ia bukan satu subjek yang mudah, tetapi tentunya, kita sedang melihat dan mempertimbangkannya.”

Game terbaharu dari siri ini adalah Gran Turismo 7 yang boleh dimainkan di PS4 dan PS5.

JomBaca: Gran Turismo 7: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Apa pula pandangan korang? Sudah tiba masanya untuk siri Gran Turismo dilancarkan ke PC?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

Leave a Reply
  1. I agree with your point of view, your article has given me a lot of help and benefited me a lot. Thanks. Hope you continue to write such excellent articles.

JomKomen!

Loading…

0

Babak Paling Sedih Dalam God of War Ragnarok

Macam Biasa, Sony Jangka PlayStation 6 Takkan Keluar Sebelum 2027