in , , , , ,

Siri Filem Call of Duty Disahkan, Bakal Dibikin Seperti Universe Filem Marvel, Guna Tema Black Ops, Modern Warfare

Mengadaptasi francais video game ke layar perak semakin mendapat sambutan sejak kebelakangan ini. Activision melalui antara siri video game paling berjaya dalam sejarah, Call of Duty juga mahu dibikin menjadi sebuah siri filem.

Activision kini sedang merancang untuk mencipta sebuah siri filem yang seakan-akan universe yang terdapat dalam filem-filem Marvel. Perkara ini telah disahkan oleh Stacey Sher dan Nick van Dyk, co-presidents of in-house production team Activision Blizzard Studios, dalam satu temuramah bersama The Guardian.

Mereka telah mengesahkan bahawa beberapa filem berdasarkan sub-jenama Call of Duty sedang dibangunkan, yang mana beberapa skrip telah ditulis.

“Kami sudah menulis plot sejak beberapa tahun,” kata Sher. “Kami telah mengumpulkan beberapa penulis skrip untuk bercakap tentang ke manakah kita akan bawa (filem ini). Akan terdapat sebuah filem yang seperti Black Ops, iaitu ada cerita di belakang sebuah cerita. Siri Modern Warfare menampakkan bagaimana berjuang dalam peperangan dengan mata-mata dunia memandang kamu. Dan kemudian mungkin sesuatu yang lebih hibrid, di mana kamu akan disajikan dengan operasi rahsia, sulit, dalam masa sama operasi awam dijalankan.”

Ia tidak jelas sama ada Sher menyatakan Black Ops, Modern Warfare dan hibrid sebagai sebuah filem yang satu, atau menggunakan tema-tema ini dalam filem-filem berasingan.

“Ia akan menampilkan tahap ketinggian adrenalin yang sama, ketinggian tenaga estetik sama seperti dalam game, tetapi ia bukanlah adaptasi harfiah,” tambah van Dyk. “Ia akan lebih luas dan mendalam, skop yang global… sebuah filem besar, seakan-akan Marvel.”

Adaptasi ini akan membawakan beberapa siri filem, di mana siri pertamanya dikatakan akan menemui para peminat seawal tahun 2018.

Dalam berita lain, video game Call of Duty yang akan datang akan “kembali ke akarnya” – akar yang manakah bakal mereka kembali masih lagi menjadi tanda tanya. Adakah khabar angin tentang Perang Vietnam atau Perang Dunia Kedua yang akan menjadi kenyataan?

What do you think?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Atlus Ugut Streamers Persona 5 – Kalau Mahu Selamat, Jangan Stream Sesuka Hati! Biar Betul!

Iklan Promosi Xbox One S Terbaru Telah "Perli" Konsol PlayStation

Remaja Berumur 13-17 Tahun Rasakan Xbox Lebih ‘Cool’ Berbanding PlayStation, Menurut Kajian Google