in , , , ,

Siri Battlefield Seterusnya Akan Dikeluarkan Pada Tahun 2018, Kata EA

Mampukah EA dan DICE mengejutkan kita semua sekali lagi sepertimana mereka lakukan semasa pengumuman Battlefield 1 dulu?

Siri Battlefield seterusnya disasarkan akan dikeluarkan pada tahun 2018, kata CEO EA, Andrew Wilson semasa laporan kewangan syarikat itu baru-baru ini, menurut laporan SegmentNext.

Siri Battlefield itu sedang dibangunkan menggunakan, seperti dijangka, Frostbite, enjin game yang sama untuk membangunkan Battlefield 1, Star Wars Battlefront II, FIFA 18 dan beberapa game yang lain. Menggunakan Frostbite, game ini dikatakan akan mencipta “lebih bersifat peribadi, lebih mendalam, dunia yang berkembang sendiri dengan game-nya pada masa akan datang.”

Walau bagaimanapun, EA dan DICE masih tidak mendedahkan apakah tema, latar belakang, mahupun judul yang akan diberikan untuk keluaran Battlefield seterusnya ini.

Pelancaran Battlefield akan datang pada tahun hadapan pastinya sesuatu yang tidak mengejutkan. Waktu keluaran siri Battlefield ini dijangka, memandangkan Battlefield 3 dikeluarkan pada 2011, Battlefield 4 (2013), Battlefield Hardline (2015) dan Battlefield 1 (2016).

Jadi, apakah harapan korang untuk siri Battlefield yang seterusnya ini? Adakah korang mahukan Perang Dunia Kedua? Perang Vietnam? Perang moden? Atau mungkin perang futuristik? Kongsikan pandangan korang di ruangan komen di bawah!

JomBaca: Battlefield 1: Mode Esports Akan Diumumkan Di Gamescom Dengan Tambahan Story Campaign Dan Banyak Lagi

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Saksikan Gameplay Bagi Hellblade: Senua’s Sacrifice Yang Sepanjang 10 Minit!

Grand Theft Auto V Adalah Game Paling Laris Di Pasaran UK Untuk Tahun 2017 Setakat Ini! Tak Terkejut?