Jangan risau gamers. Francais ini masih berada di landasan yang tepat.
Setelah melalui keletihan francais yang sangat teruk, siri game Assassin’s Creed telah berehat selama setahun dan tidak mengeluarkan sebarang game pada tahun 2016. Ia adalah satu langkah yang bijak yang mana hasilnya, Assassin’s Creed Origins yang dikeluarkan pada tahun 2017 menampilkan sebuah game yang mantap.
Ramai peminat yang berharap agar siri game ini tidak kembali untuk keluar pada pada setiap tahun. Namun, beberapa bulan sahaja selepas Origins dilancarkan, Assassin’s Creed Odyssey diumumkan — membuat kita risau, adakah siri ini akan kembali tabiatnya yang lama?
CEO Ubisoft Yves Guillemot telah meredakan kerisauan ini dengan mengatakan yang siri ini tidak kembali ke pelancaran setiap tahun. Bercakap kepada Geoff Keighley semasa temubual dalam YouTube Gaming Show di E3 2018, beliau mengesahkan yang game ini sudah dibikin selama tiga tahun, dan ia adalah sebuah game yang ‘sudah siap’.
Odyssey telah dibangunkan bersama-sama dengan Origins, maka sebab itulah ia dikeluarkan setahun kemudian, seolah-olah siri ini bakal kembali ke pelancaran secara tahunan.
Jadi, korang semua tak perlulah risau ya. Kemungkinan besar siri Assassin’s Creed akan kembali berehat pada tahun hadapan dan mengeluarkan sebuah lagi yang baik pada tahun seterusnya. Mungkin.
Assassin’s Creed: Odyssey akan dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One pada 5 Oktober nanti.
JomBaca: Assassin’s Creed: Odyssey Akan Membenarkan Pemain Menjalinkan Hubungan Sejenis
Comments
Loading…