Tanpa sebarang desas-desus yang kedengaran, Netflix terus mengumumkan siri anime adaptasi daripada francais video game yang cukup popular milik Valve, Defense of the Ancients (Dota).
Netflix bukan sahaja mengumumkannya, malah turut memperlihatkan trailer pertama dan mendedahkan tarikh mula tayangan iaitu pada 25 Mac ini.
Berjudul DOTA: Dragon’s Blood, ia akan menyajikan 8 episod yang akan ditayangkan di seluruh dunia melalui platform penstriman itu.
DOTA: Dragon’s Blood mengisahkan Davion, Dragon Knight tersohor yang bertekad untuk menghapuskan kesengsaraan dari muka bumi. Apabila bertembung dengan puteri mulia dan purba bernama Mirana yang dalam misinya tersendiri, karakter Dota 2 ini akan terlibat dengan peristiwa-peristiwa lebih besar yang tidak pernah beliau bayangkan.
Siri anime ini dibikin oleh Studio MIR, Ashely Edward Miller (X-Men: First Class, Thor and Black Sails) sebagai penulis dan penerbit eksekutif serta Ryu Ki Hyun sebagai penerbit eksekutif bersama.
Comments
Loading…