in , ,

Siri Animasi TV Castlevania Bakal Epik Seperti Game of Thrones Dan Lord of the Rings!

Siri TV Castlevania bakal diterbitkan di Netflix tahun ini. Jom bermandikan darah menentang vampire!

Menurut Adi Shankar, penerbit siri tersebut, siri TV Castlevania akan menampilkan skop dan kualiti setanding Game of Thrones dan Lord of the Rings – dua cerita yang menampilkan kehebatan penceritaan, kualiti produksi dan daya tarikan imaginasi fantasi.

Adi Shankar yang juga penerbit bagi Dredd dan The Grey adalah sebahagian daripada pasukan yang sedang membikin siri TV ini. Dilaporkan Warren Ellis yang juga menghasilkan Iron Man, X-Men, Red 2, Dead Space dan lain-lain akan menulis skrip musim pertama nanti yang khabarnya akan diadaptasi daripada Castlevania III: Dracula’s Curse.

Beliau berkata, “Jika anda melihat siri Game of Thrones, setiap musim adalah lebih hebat daripada musim sebelumnya. Musim terakhir menyaksikan peperangan hebat bersama Jon Snow, seperti babak terakhir di dalam Lord of the Rings. Saya ingin menghasilkan sesuatu seperti itu.”

Beliau menambah, “Pemilihan pelakon sudah pun selesai dan siri ini akan ditayangkan tahun ini. Saya tidak boleh komen banyak, dan saya jangkakan peminat Castlevania takkan mahu membaca spoiler kepada siri ini.”

“Saya percaya peminat francais ini akan menghargai tahap kematangan yang cuba dipersembahkan serta keaslian cerita yang mengikuti francais asal.”

Diinspirasikan daripada siri video game klasik yang diterbitkan Konami sejak 1986, Castlevania menceritakan kisah fantasi seram berkenaan seorang waris terakhir Belmont Clan yang cuba menyelamatkan Eropah Timur daripada dimusnahkan oleh Vlad Dracula Tepe!

Konami sudah lama tidak mengumumkan sebarang kemaskini bagi francais ini sehingga peminat seperti sudah putus harapan. Game Castlevania terakhir, Lord of Shadow 2 diterbitkan hampir tiga tahun lalu, dan Koji Igarashi pengarah yang terkenal sejak penerbitan game Castlevania: Symphony of the Night dan sekuel-sekuel selepas itu kini sedang membangunkan game beliau yang hampir serupa – Bloodstained: Ritual of the Night.

Castlevania musim pertama dijangka bermula di Netflix dalam tahun 2017, dengan musim kedua sedang dalam pembikinan bagi tahun 2018.

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Destiny 2 Dilaporkan Bakal Diterbitkan Penghujung 2017 Bagi PS4, Xbox One Dan PC!

Destiny 2 Dilaporkan Bakal Diterbitkan Penghujung 2017 Bagi PS4, Xbox One Dan PC!

Gabe Newell: Pertandingan DotA 2 The International Mungkin Diadakan Di Luar Amerika!

Gabe Newell: Pertandingan DotA 2 The International Mungkin Diadakan Di Luar Amerika!