in , ,

Sinopsis Tentang Siri TV Resident Evil Di Netflix Telah Tertiris?

Sehingga kini, Netflix masih boleh belum mengumumkan secara rasmi tentang produksi siri TV live-action Resident Evil yang akan diterbitkan oleh syarikat streaming itu, namun beberapa sumber yang boleh dipercaya telah mengesahkannya.

Terbaharu, sinopsis tentang siri tv itu telah dinaikkan secara tidak sengaja oleh Netflix di laman Media Center mereka, dan ini mungkin telah menguatkan lagi tentang produksi ini. Walaupun deskripsi ini telah dipadamkan, ia sempat di-screenshot oleh Jawmuncher dan dikongsikan di ResetEra.

Di bawah ialah deskripsi yang telah dinaikkan itu (tanpa terjemahan):

“The town of Clearfield, MD has long stood in the shadow of three seemingly unrelated behemoths – the Umbrella Corporation, the decommissioned Greenwood Asylum, and Washington, D.C. Today, twenty-six years after the discovery of the T-Virus, secrets held by the three will start to be revealed at the first signs of outbreak.”

Deskripsi ini boleh dikatakan selari dengan apa yang dilaporkan oleh Deadline kira-kira setahun lalu, menandakan kedua-dua laporan dan info tertiris ini mungkin adalah sahih.

Apa-apa pun, seperti biasa, selagi ia belum disahkan secara rasmi oleh Netflix, anggaplah ini sebagai satu khabar angin sahaja.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Microsoft Umumkan Nama Rasmi Xbox Scarlett -- Xbox Series X, Bakal Tiba Akhir Tahun 2020

Pelancaran PS5 Dan Xbox Series X Mungkin Boleh Ditunda Disebabkan Koronavirus

TM Unifi Nafikan Sekatan Akses Ke Server Ubisoft, Sedang Siasat Kenapa Masalah Ini Timbul