in , , , , ,

Silent Hills P.T. – Peminat Bikin Semula Guna Unreal Engine, Boleh Dimainkan Percuma di PC!

Cepat download sebelum Syarikat K suruh padam!

Selepas penarikan Silent Hills Playable Teaser (P.T.) daripada PlayStation Network, seorang peminat telah ‘menghidupkan’ kembali game mini yang seram ini!

Jom layan trailer kepada remake kepada playable teaser kepada game yang dinanti-nantikan peminat Silent Hills selama ini.

https://www.youtube.com/watch?v=5rzYuotjec4

Keseluruhan game mini / playable teaser ini telah dibangunkan RadiusGordellomenggunakan Unreal Engine bagi PC – dan dinamakan Unreal PT. Versi ini juga didatangkan dengan sokongan VR untuk pengalaman yang lebih menggoncangkan dada.

Unreal PT yang mula dibangunkan sejak April 2018 ini mempunyai ciri sokongan mouse & keyboard, controller PS4, Xbox One dan VR.

Game ini hampir menyerupai P.T. asal – cuma penamatnya kurang rawak, membolehkan korang menemui penamat dan ‘mengalahkan’ game ini. P.T. asal yang sepatutnya mengacah kepada game penuh Silent Hills ini menerima pujian peminat – namun ianya dibatalkan dan P.T. dibuang daripada PlayStation Store.

Kalau korang nak main Unreal PT ini, download game ini sekarang. Pastikan PC korang mempunyai spesifikasi minimum berikut:

  • CPU: i3-7100U 7th Generation with Intel HD 620
  • GPU: Integrated
  • RAM: 8GB DDR4

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Mad Box – Konsol Gaming 4K Berkuasa PC VR-Ready Diumumkan!

Jom Layan Video Gameplay Anthem Selama 15 Minit