in , ,

Sifu Umumkan Tarikh Pelancaran Dalam Trailer Terbaru, 2 Edisi Diumumkan Untuk Pra-Tempah

Antara game indie paling kami nantikan, Sifu pada asalnya dijadualkan dilancarkan pada hujung tahun ini, sebelum Sloclap mengumumkan pada bulan lalu bahawa ia akan ditunda ke awal tahun hadapan.

Terkini, game pertempuran yang mengetengahkan seni beladiri Kungfu itu sudah mendapat tarikh pelancaran baharu, didedahkan dalam satu trailer terbaharu yang penuh aksi rancak.

Sifu kini bakal dilancarkan pada 22 Februari 2022.

Bersama-sama dengan pengumuman tarikh pelancaran ini, Sloclap juga mendedahkan pra-tempah juga kini sudah dibuka. Dua edisi diumumkan, iaitu Standard Edition dan Deluxe Edition.

Kedua-dua edisi sudah boleh dipra-tempah di Epic Games Store. Untuk PS4 dan PS5 pula, ketika artikel ini ditulis, PlayStation Store pasaran Malaysia belum lagi menyediakan laman untuk pra-tempah Sifu.

Deluxe Edition menampilkan game penuh, artbook rasmi “The Art of Sifu” serta runut bunyi rasmi game yang digubah oleh Howie Lee.

Jalan cerita yang akan dibawakan adalah sebuah geng yang kejam telah membunuh semua ahli keluarga protagonisnya, dan sebagai seorang anak muda yang mempelajari seni beladiri Kungfu, dia sedang dalam misi untuk mencari dalang dan membalas dendam.

Lima orang pembunuh upahan adalah individu yang dicari. Setiap pembunuh upahan ini merupakan lima bos utama dalam game ini kelak, yang setiap seorang daripadanya mewakili lima elemen dalam Kungfu iaitu kayu, api, air, besi, dan bumi.

Untuk bertemu dan bertarung dengan kelima-lima bos ini, pemain perlu berhadapan dengan konco-konco bawahannya terlebih dulu, dalam masa sama dijadikan sebagai latihan untuk memperbaiki pertempuran.

Walaupun trailer setakat ini menampakkan kebanyakannya pertarungan tangan kosong, Sifu sebenarnya nanti akan menampilkan lebih banyak senjata yang akan digunakan berdasarkan persekitaran sekeliling.

Sekali lagi, Sifu akan dilancarkan untuk PS5, PS4, dan PC (Epic Games Store) pada 22 Februari 2022.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Genshin Impact: Trailer Teaser Aloy, Genshin Concert 2021: Melodies Of An Endless Journey Dijadualkan Pada 3 Oktober

Game Bola Sepak Percuma Baharu UFL Diumumkan, Dibangunkan Dalam Unreal Engine Untuk ‘Semua Konsol Utama’