Sifu, sebuah game pengembaran seni mempertahankan diri dari Absolver dan pembangun Sloclap akan mendapat adaptasi filem live-action dari penulis John Wick, Derek Kolstad.
Menurut Deadline, filem itu akan mengekalkan plot balas dendam dengan aksi Kung Fu seperti versi video game, termasuklah elemen di mana protagonis menjadi tua dari semasa ke semasa setiap kali protagonis bangkit dari kematian.

Adaptasi itu dikatakan seperti “John Wick bertemu dengan filem Old arahan M. Night Shyamalan”.
Selain filem Sifu, Derek Kolstad juga sedang berada dalam pra-produksi untuk filem keempat John Wick dan juga beberapa projek seperti filem Streets of Rage dan siri animasi Netflix Splinter Cell.
Comments
Loading…