in ,

SIE Worldwide Studios Malaysia Sedang Membuka Jawatan Kosong Sebagai Pembangun Game

Pada November 2019, Sony telah mengumumkan penubuhan studio globalnya yang pertama di Asia Tenggara, iaitu di Malaysia, dan pada minggu lalu Hasnul Hadi Samsudin telah dilantik sebagai Ketua SIE Worldwide Studios Malaysia.

Terkini, dalam satu tweet, Hasnul telah mengumumkan bahawa SIE Worldwide Studios Malaysia sedang dalam proses permulaan dan sedang mencari mereka yang berminat untuk menyertai pasukannya sebagai pembangun video game di bawah PlayStation.

Hasnul turut mengingatkan bahawa bekerja di studio ini bermakna akan turut bekerjasama dengan studio-studio terkemuka Sony seperti Guerrilla Games, Naughty Dog, Bend Studio, Santa Monica, Media Molecule, Sucker Punch, Japan Studio dan banyak lagi.

Berikut ialah senarai jawatan yang mereka sedang buka, yang mana korang boleh memohonnya di pautan ini:

  • Senior Animators/Animators
  • Senior Character Artist/Character Artists
  • Senior Environment Artist/Environment Artists
  • Senior Technical Artists/Technical Artists
  • Pipeline Engineer
  • Project Manager/Associate Project Manager

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Sony Akhirnya Dedahkan UI PS5 - 10 Ciri Baru Yang Korang Perlu Tahu

Sony Dedahkan UI/Menu Utama PS5 – 10 Ciri Baru Yang Korang Perlu Tahu

Auto Draft

Jangan Risau, Sony Sebenarnya Tak Rakam Suara Pemain Dalam Party Chat, Ini Penjelasannya