Jom kita kaji siapa sebenarnya NoobMaster69 yang muncul dalam filem Avengers: Endgame.

Amaran! Spoiler penuh dari Avengers: Endgame dalam artikel ini!

Dah tonton filem ke-22 dalam MCU itu? Kalau dah pasti korang akan ingat tentang babak di mana Rocket dan Hulk ingin menjemput Thor untuk kembali beraksi bersama Avengers semula. Thor pada ketika sedang menjalani kehidupannya yang tidak terurus, di kawasan yang dinamakan New Asgard (Norway), bersama-sama dengan rakannya Korg.

Apabila Hulk dan Rocket masuk ke dalam rumah Thor, Korg sedang bermain Fortnite. Korg mengadu kepada Thor tentang seorang pemain ini, yang bernama NoobMaster69, yang selalu menggangu Korg dan mikrofon diberikan kepada Thor untuk menyuruh pemain tersebut senyap.

Jadi, selepas menonton filem ini, ramai yang bertanya, siapa sebenarnya NoobMaster69 ini di dunia sebenar?

Menurut apa yang telah dikaji oleh Syfy Wire, Thor dan Korg di dalam filem itu bermain PlayStation 4. Selepas semakan, tiada id NoobMaster69 dalam PlayStation Network (PSN).

Maka, semakan telah dibuat pula di platform Xbox, dan id NO0bMaster69 telah dijumpai. Lebih menarik, profile ini menggunakan muka Thor sebagai avatar. Walau bagaimanapun, avatar Thor itu mungkin digunakan selepas beliau sendiri telah menonton Endgame, kerana pemain ini hanya bermain satu game sahaja, iaitu Sniper Elite V2.

Pencarian pemain misteri yang sering mengganggu Korg ini diteruskan. Kali ini, mereka menemui satu lagi pemain di Xbox dengan ejaan yang sedikit berbeza, iaitu N00bMaster69. Pemain ini pula bermain bermacam game, antaranya siri Fallout, siri FIFA, siri Assassin’s Creed, siri GTA dan beberapa game shooter.

Namun, ada yang lebih menarik. Apabila semakan dilakukan di FortniteTracker.com, ada id NoobMaster69 ditemui. Pemain ini telah bermain 143 perlawanan Fortnite, memperoleh 79 kill dan tiada Victory Royale lagi.

Ada juga teori yang mengatakan Korg pada ketika itu sedang melakukan livestream, maka NoobMaster69 telah memberikan komen di stream yang mungkin tidak menyenangkan Korg. Semakan di Twitch menemui noobmaster69, tapi akaunnya kelihatan seperti tidak aktif.

Oleh itu, siapakah sebenarnya NoobMaster69 yang sering menghantui Korg dan Thor ini? Kita semua masih mencari jawapan.

Korang ada buat semakan juga? Apa hasil dapatan?

JomKomen!