EA terima “wahyu” daripada bos besar.
Korang pastinya sudah mengetahui tentang pembuangan microtransactions buat sementara waktu dalam Star Wars Battlefront II. Apa yang paling menarik tentang tindakan yang drastik ini, ia dilakukan pada hari pertama pelancaran, selepas ia menerima kecaman yang cukup hebat daripada para pemain yang telah mencuba game ini lebih awal.
Tetapi, apakah yang membuatkan penerbit game ini, Electronic Arts membuangnya, memandangkan kita tahu bahawa syarikat gergasi ini cukup terkenal dengan sistem pembelian dalam game seperti ini?
Menurut The Wall Street Journal, dipetik dariapda IGN, pemilik kepada IP Star Wars, Disney dilaporkan adalah pihak yang memberikan arahan kepada EA untuk melakukannya. The Wall Street Journal menyatakan bahawa sumber berita ini adalah daripada “individu yang cukup rapat dengan perkara ini”.
CEO Disney, Bob Iger dikatakan telah diberitahu tentang kecaman yang hebat daripada para peminat terhadap microtransactions yang ada dalam game Star Wars terbaru tersebut. Ia membuatkan ketua produk pengguna dan media interaktif Disney, Jimmy Pitaro telah menghubungi EA, menyatakan kegusaran Disney terhadap kecaman tersebut.
Harapnya EA boleh belajar sesuatu daripada isu ini. Suara peminat dan gamers ini, mampu menggegarkan telinga CEO Disney, okay. Jaga-jaga ya, EA.
Star Wars Battlefront II kini boleh dimainkan di PC, PS4 dan Xbox One.
JomBaca: Pembangun Star Wars Battlefront II Dikatakan Amat Sedih Terhadap Respons Negatif Oleh Pemain
Comments
Loading…