Shin Megami Tensei IV Final: Masa Untuk Membawa Kemusnahan!

0
198

Bersedia untuk kembali ke Nintendo 3DS dengan siri terbaru Shin Megami Tensei!

Shin-Megami-Tensei-IV-Final-01Shin Megami Tensei IV Final bakal dikeluarkan pada Februari 2016 dan adalah eksklusif untuk Nintendo 3DS. Peminat-susah-mati developer Atlus pasti menunggu kedatangan JRPG ini!

Dalam siri terbaru Shin Megami Tensei ini, cerita akan bermula sekitar tahun 2030-an dan ianya mengisahkan seorang watak protagonis yang telah bersekongkol dengan Dagda yang merupakan dewa yang inginkan kemusnahan dewa-dewa lain.

Menurut Atlus, game kali ini adalah kesinambungan dari Shin Megami Tensei IV tetapi pemain-pemain baru tidak perlu risau kerana ceritanya tidak terlalu berkaitan. Hanya watak-watak yang lama akan kembali seperti Navarre dan Isabeau.

Shin Megami Tensei IV Final akan dipasarkan mulai 19 Februari di Jepun.

JomKomen!