in , , , ,

Sheltered: Teruskan Kehidupan Demi Keluarga Korang!

sheltered-family-001

Bayangkan perang nuklear tercetus dan korang bersama keluarga korang antara yang terselamat! Sebagai bapa ataupun ibu, apa yang perlu korang lakukan untuk terus hidup!

Itulah antara yang ada di dalam game Sheltered game dari developer Team17 Digital Ltd. dan Unicube yang akan berada dipasaran pada 16 Mac 2016. Game berkonsepkan simulation/strategi ini boleh dimainkan di console Playstation 4, Xbox One dan juga PC.

sheltered-family-002

Game survival penuh dengan emosi ini memerlukan korang melakukan apa sahaja untuk terus hidup dengan bersembunyi di dalam tempat persembunyian bagi mengelakkan diri dari radiasi dan juga memastikan anak-anak korang berada dalam keadaan yang baik.

sheltered-family-003

Gunakan kebijaksanaan korang untuk memastikan korang terus hidup dan juga memastikan emosi dan mental keluarga korang berada di tahap terbaik.

Nampak macam menarik, jom kita usha sedikit trailer Sheltered ini:

Kalau korang bermiant dengan game berkonsepkan survival ini boleh lah standby duit poket korang pada 16 Mac nanti.

ADIOS!!

Written by Hans Yusoff

Lebih dikenali dengan panggil Abah, beliau seorang peminat setia Dota 2, dan bercita-cita tinggi untuk mempunyai sebuah pasukan DotA satu hari nanti.

Juga meminati game bergenrekan FPS dan juga RPG. Jika tidak bermain game beliau adalah seorang Abah yang penyayang.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Star Ocean 5 : Trailer Versi Bahasa Inggeris Akhirnya Dah Keluar!

Doom: Bethesda Ajak Korang Undi Cover Game Diorang Nih!