Alami sebuah game RPG yang membolehkan anda menukar ke pelbagai watak dan menggabungkan segala kekuatan dalam satu-satu masa.

Shadows: Awakening merupakan sebuah game RPG berlandaskan siri Heretic Kingdoms yang dibangunkan oleh Games Farm dan diterbitkan oleh Kalypso Media. Sebelum ini, studio Games Farm juga melancarkan game dalam latar belakang sama iaitu bertajuk Shadows: Heretic Kingdoms.

Nak katakan ia sebagai satu sekuel, bukan juga kerana ini merupakan satu peningkatan besar terhadap game sebelum ini. Tetapi, adakah peningkatan Shadows: Awakening boleh dikategorikan sebagai Boleh Beli or Boleh Blah?!

Jom baca ulasan kami!

Syaitan Mengganas

Anda boleh mengasah bahasa prosa Inggeris klasik sambil bermain game ini.

Shadows: Awakening membuka bicara dengan pertemuan bersama ahli sihir misteri yang dikenali sebagai The Hooded Man yang terperangkap di Shadow Realm, alam penuh dengan roh-roh dan syaitan. Ahli sihir tua yang nampak sama seperti Gandalf menyeru syaitan dipanggil sebagai Devourer di mana pemain akan mengawal syaitan itu dengan satu tujuan yang tidak didedahkan kepada pemain.

Ahli sihir itu mahu menceroboh ke Mortal Realm menggunakan Devourer tetapi syaitan tidak boleh keluar dari Shadow Realm (kira macam alam bunian jugalah). Jadi, The Hooded Man mempersembahkan beberapa pilihan roh manusia kepada Devourer. Apabila seseorang individu terikat kepada Devourer, syaitan itu akan menguasai keseluruhan badan manusia itu.

Devourer sedut roh macam dia minum kopi je. Sluuuurrppp…

Namun, Devourer bukan dapat mengawal sepenuh roh yang menyerap masuk. Ya, mungkin kawalan badan sepenuhnya tetapi sebaliknya, minda manusia lebih kuat dari segala-galanya sehinggakan manusia itu boleh ingat siapa diri sebenarnya walaupun sudah meninggal berkurun dan berabad lama yang telah dicampakkan dalam Shadow Realm.

Koleksi personaliti berbeza

Hmmm… ulat bulu panjat seluar, siapa kena dulu di yang keluar!

Jika anda rajin bermain game-game RPG seperti The Witcher atau Dragon Age, anda mesti dah terbiasa dengan mempunyai pelbagai rakan (companion) dalam sesebuah party berlawan musuh dan mengembara bersama-sama pemain.

Shadows: Awakening tidak mengikut aliran party tradisional ini. Oleh kerana Devourer akan mengambil takluk segala roh yang boleh syaitan serap, anda akan terpecah kepada tiga personaliti dalam sesuatu masa. Pada permulaan game, anda akan dipecahkan kepada tiga pilihan roh iaitu Kalig, seorang warrior; Jasker, seorang archer dan Evia, seorang mage.

Apa yang paling menarik anda boleh tahu dah berapa lama karakter anda mati. Perkara paling pelik untuk letak dalam biodata.

Namun, anda tidak terikat dengan tiga pilihan manusia ini sahaja. Sepanjang game ini, anda akan jumpa ramai lagi karakter tak kira manusia, dwarf dan segala makhluk ketika anda sedang mengembara dalam dunia Heretic Kingdoms.

Kawalan tanpa had

Seperti yang saya jangkakan, Shadows: Awakening dipersembahkan agak mirip dengan satu game RPG dibangunkan oleh Blizzard iaitu Diablo 3 dek kerana perspektif kamera isometric. Ya, anda akan berjalan-jalan di dungeon, rompak kubur orang lain dan pecahkan pasu dan segala tempayan anda jumpa untuk dapatkan barang seperti wang, perisai, senjata dan sebagainya di dalam dungeon.

Kalau anda nampak sahaja jambatan runtuh, tukar saja kepada Devourer.

Namun, combat Shadows: Awakening lebih dari sekadar mengikut tindak-tanduk Diablo 3. Apa yang menarik perhatian saya sepenuhnya adalah anda seperti sedang bermain game Nintendo ala-ala Pokemon atau The Legend of Zelda. Dalam game ini, anda boleh merasuk bermacam-macam roh dan tempatkan mereka dalam tiga slot yang tersedia.

Sama seperti Pokemon, anda boleh menukar roh dari dua alam berbeza yang paling sesuai semasa anda ditimpa musuh. Oleh kerana Devourer hanya boleh mengalahkan roh jahat di Shadow Realm, namun karakter pilihan anda (saya pilih Jasker) boleh menjatuhkan manusia berdarah panas dan raksasa wujud di Mortal Realm.

Kau main api pula ya, mambang.

Oleh sebab boleh mengembara antara dua alam berbeza, anda akan diuji dengan cabaran teka-teki bak old-school The Legend of Zelda di mana pemain haruslah bijak menggunakan Devourer dan 14 karakter lain yang anda boleh serap di Mortal Realm. Teka-teki Shadows: Awakening boleh dikatakan agak mencabar tetapi tiadalah sampai menggaru kepala saya untuk lepas dari teka-teki diberikan.

Kesimpulannya – Boleh Beli or Boleh Blah!?

Ahhh… sinar cahaya menerangi dungeon sambil mengopak kubur orang.

Walaupun game RPG ini menyerap pelbagai jenis komponen yang sudah sebati dalam game-game lain seperti Diablo 3, Pokemon dan The Legend of Zelda, Shadows: Awakening berjaya mempersembahkan diri lebih padu berbanding Shadows: Heretic Kingdoms.

Aspek lain yang saya paling suka sambil melihat visual grafik yang smooth seperti mentega ini adalah lakonan suara yang mantap untuk segala jenis karakter tak kiralah suara Devourer ke, suara Jasker ke mahupun suara NPC di bandar-bandar besar.

Susah juga lawan Darmok ni.

Dek kerana gabungan dari game-game lain juga, Shadows: Awakening mungkin boleh membosankan bagi anda kerana anda pernah jumpa segala klise game RPG diselitkan dalam game ini. Anda haruslah tabahkan diri untuk mengharungi side quest yang dipanggi sebagai ‘fetch quest’ untuk naikkan level karakter anda tetapi ia cukup untuk saya teruskan bermain game ini sebab saya penuh dengan rasa ingin tahu.

Ketika dalam combat pula, game ini tiada potion untuk menyembuhkan HP dan MP anda. Sebaliknya, anda perlu bergantung dengan Soul Stone (anda boleh lihat kapasiti Soul Stone diselitkan antara bar HP dan MP) dan cara untuk cas kembali Soul Stone adalah mengalahkan banyak musuh supaya Devourer boleh serap.

Ini mendatangkan masalah kerana kalau anda tidak cukup mengalahkan musuh, maka Soul Stone akan lambat dicas. Cara alternatif lain adalah membelanjakan wang bagi cas penuh Soul Stone di Shadow Trader (anda boleh samakan penjual ini macam toko-toko jamu) bertebaran di seluruh dunia Heretic Kingdoms.

Rest. In. Peace.

Bagi pencinta RPG, Shadows: Awakening tentu menggamit kenangan anda bermain game-game klasik RPG dalam perspektif kamera isometric dengan kawalan turn-based yang mudah. Kalau anda tidak kisah bermain banyak-banyak kali untuk dapatkan semua karakter dan sudah lama layan Heretic Kingdoms Saga dan Kult: Heretic Kingdoms, maka game ini BOLEH BELI.

Kalau anda mahukan game yang tak makan banyak masa, tak nak main ulang banyak kali dan malas nak tahu hikayat Heretic Kingdoms, Shadows: Awakening BOLEH BLAHdalam senarai game anda dalam bulan September ini.

+ Lakon suara (voice over) mantap
+ Boleh main banyak kali
+ Boleh bertukar-tukar banyak watak dalam satu masa
+ Teka-teki dan combat yang mencabar

 Kisah Heretic Kingdoms terlalu dahsyat untuk pemain baru hayati
 Pergerakan satu kamera tetap sahaja
Peta tak lengkap, kelirukan pemain
Aiming dan sistem target yang memeningkan

Shadows: Awakening sudah pun dilancarkan pada 1 September 2018 untuk PC, Xbox One dan PS4.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.