in , , , ,

Shadows: Awakening Berikan Anda Kawal 14 Karakter Dengan Kuasa Unik Tersendiri Dalam Game Action RPG

Kalau korang rindukan game seperti Diablo 3, maka Shadows: Awakening adalah game yang anda harus main.

Daripada pembangun Shadows: Heretic Kingdoms, Games Farm kembali dengan game kedua dalam siri fantasi Heretic iaitu berjudul Shadows: Awakening. Shadows: Awakening menampilkan real-time tactical combat RPG dalam perspektif isometric seperti anda pernah lihat dalam Diablo 3.

Untuk lahirkan game lebih padu berbanding Heretic Kingdoms, Shadows: Awakening membawa karakter anda tersepit antara dua alam berbeza: Shadow Realm dan alam fana penuh dengan mitos dan raksasa mistikal.

Terdapat 14 karakter lengkap dengan kebolehan unik tersendiri yang anda boleh main. Anda boleh kawal karakter seperti Kalig the Bandit dan Evia, Daughter of Fire dan membawa mereka bersama-sama dalam sistem parti. Setiap karakter mempunyai personaliti dan dialog tersendiri, maka mesti ada banter best yang anda bakal dengar.

Shadows: Awakening menampilkan gameplay tactical real-time combat dalam game berbentuk isometric action RPG. Anda boleh layan game ini selama 20 jam untuk playthrough pertama dan jika anda komited untuk siapkan semua quest penuh dengan teka-teki kompleks, game ini akan mengambil masa lebih daripada 60 jam untuk cari semua.

Lebih besar dari dunia Heretic Kingdoms, anda juga boleh bersiar-siar di lokasi menarik dalam Shadows: Awakening dari kota pesat sehingga ke dasar dungeon. Seperti game RPG yang lain, game ini mempunyai sistem crafting dan looting meluas untuk anda mengubah suai senjata dan perisai ikut suka anda.

Game ini berfungsi lebih daripada sekadar sekuel untuk Heretic Kingdoms atau hanya merealisasikan ‘Book 2’, malahan pembangun mahu memperbesarkan game ini dengan memberikan adaptasi ‘Book 2’ bergabung bersama penceritaan asal siri Heretics ke dalam Shadows: Awakening.

Shadows: Awakening bakal dilancarkan pada 1 September 2018 untuk PC, Xbox One dan PS4. Nantikan review Boleh Beli or Boleh Blah?! – Shadows: Awakening daripada kami di JomGaming!

Written by Intan Zarthana

Peminat besar Dragon Age, The Last of Us dan Uncharted. Sukakan game yang ada jalan cerita yang bagus.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Marvel’s Spider-Man Di PS4 Boleh Dihabiskan Dalam Masa 20 Jam, 45GB Ruang Diperlukan

Unifi Basic Kini Dibuka Untuk Semua Lapisan Masyarakat, Bukan Terhad Lagi Kepada Pendapatan Bawah RM4,500