in , , ,

Shadow Of The Colossus – Versi Remake Bagi PlayStation 4 Diumumkan

Semasa sidang media Sony di E3 2017, syarikat itu telah mengumumkan versi remake (atau remastered). Shadow Of The Colossus, sebuah video game pengembaraan untuk konsol PS2 kini berada dalam pembikinan untuk versi PS4. Ia dijadualkan akan dilancarkan pada tahun 2018.

Ia diumumkan dengan memaparkan trailer gameplay yang indah dan juga menunjukkan visualnya telah banyak berubah sejak era PS2. Terdapat banyak penambahbaikan dari segi grafik dan persembahan yang dilakukan.

Tapi semua yang korang ingat dari game ini masih lagi ada seperti Colossi, penerokaan, Wander, kuda bernama Argo. Tapi selepas korang bermain versi ini, korang mungkin tidak akan boleh kembali ke game asalnya disebabkan perubahan ketara yang ditampilkan. Sony tidak mengatakan apa-apa mengenai remake ini, jadi kita tidak tahu berapa banyak perubahan yang dilakukan.

Ia berada dalam pembikinan oleh Bluepoint Games, studio yang sebelum ini menghasilkan Uncharted: The Nathan Drake Collection. Ini bukan kali pertama Shadow Of The Colossus menerima penambahbaikan. Versi kemaskini yang dahulu pernah dikeluarkan untuk PS3 pada tahun 2011.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Barangan Eksklusif PS4, Closed Beta Dan Tarikh Pelancaran Baru Kesemua Platform Destiny 2 Diumumkan Di E3 2017

Monster Hunter: World Bakal Tiba Di PS4, Xbox One Dan PC – Mari Mula Memburu Raksasa!