shadow-of-the-beast-001

Sebuah lagi game eksklusif PlayStation 4 sudah pun berada di pasaran. Game apa tu? Jom teruskan membaca.

Shadow Of The Beast sudah pun berada di pasaran semalam pada 17 Mei 2016. Game dari developer Heavy Spectrum Entertainment Labs ini hanya eksklusif di PlayStation 4 sahaja.

Shadow of the Beast ini merupakan HD remake kepada game yang pernah meletop pada tahun 1989 di platform Commodore Amiga. Pada zaman itu, Shadow of the Beast ini cukup popular kerana gameplay dan grafik yang menonjol disertakan dengan runut bunyian yang mengasyikkan!

Bergenrekan platform/action adventure, Shadow of the Beast ini masih mengisahkan cerita Aarbron – makhluk yang telah diculik pada zaman kecilnya dan telah dibesarkan dan dirosakkan dengan kuasa sihir gelap sehingga menjadi pahlawan yang ganas dan kejam.

shadow-of-the-beast-003

Jika dilihat pada gameplay dan trailer, game ini seakan-akan God Of Wars dengan combo yang kejam dan brutal, quick-time event dan juga gerombolan musuh yang akan datang dari depan dan belakang korang.

Seronok ke tak game ini? Jom kita layan trailer untuk game Shadow Of The Beast:

Kenapa game ini seperti tidak mendapat sambutan? Mungkin kerana hype dari game lain seperti Doom dan juga Uncharted 4. Mana tau lepas tengok je trailer ni, korang teringin nak beli.

ADIOS!!

JomKomen!