in

Shadow of Mordor 2: Info Dibolos Oleh Pelakon Aksi Lasak!?

Ramai sudah tahu bahawa Monolith Productions sedang sibuk menyiapkan sebuah projek yang dirahsiakan. Adakah profile pelakon Lauren Mary Kim ini benar!?

lauren-mary-kim-in-ballistica-(2009)-large-picture
Lauren Mary Kim sedang beraksi. Hiyah!

Lauren Mary Kim sememangnya seorang pelakon aksi lasak yang dikenali dalam bidang perfileman dan juga dunia gaming.

shadow-of-mordor-2-01-leaksMelalui profile beliau di iStunt.com, beliau pernah berkhidmat dalam games seperti Bioshock Infinite, Batman Arkham Knight, Assassin’s Cred Unity, God of War Ascension, Mafia III dan Shadow of Mordor 2.

shadow-of-mordor-2-02-leaksApa yang menarik lagi adalah, profile beliau sudah pun diletakkan sebagai Private setelah berita tentang Shadow of Mordor 2 ini dilaporkan.

Melihatkan susuk tubuh fizikal beliau, kemungkinan besar Lauren Mary Kim akan membawa watak Lithariel dalam siri Shadow of Mordor.

Buat masa ini, masih tiada respon rasmi dari Monolith Productions.

Written by Hairi Sabri

Memulakan pengalaman gaming di Nintendo Game & Watch 'Parachute' dan kemudian di pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox. Suka mencuba pelbagai genre dan idea baru dalam dunia gaming tetapi meminati RPG dan FPS khususnya.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Suka Duka Beta: Final Fantasy XV: Platinum Demo

Dark Souls III: Rekod Dunia Dicapai! Selesai Bawah 2 Jam!