in

SFV: Beta Testing Ketiga Telah Diumumkan!

Street Fighter 5 semakin menghampiri tarikh pelancaran, dan Capcom baru announce Beta testing terakhir yang akan berlangsung minggu depan!

Beta testing pusingan ketiga bagi Street Fighter 5 telah pun diannounce bagi platform PS4 dan PC dari 4 petang pada 18 Disember 2015 sehingga ke 2 petang pada 20 Disember 2015.

Berikut adalah beberapa benda yang dapat kita testing dalam Beta SFV itu nanti:

  • Ranked Match
    Bertarung menentang beta testers lain untuk mendapatkan XP dan fight money!
  • Casual Match
    Sparring aje dengan beta testers lain.
  • Training
    Bertapa dalam training room untuk belajar timing combo SFV korang!
  • Capcom Fighters Network (CFN)
    Tengok ranking leaderboard, carik video replays dan ajak fighters bertarung!
  • Battle Setting
    Customise character profile, konfigurasi butang dan banyak pilihan lain.
  • Options
    Uruskan setting screen dan sound.

Dan lagi best, beta testers kali ini akan mendapat beberapa invite codes untuk ajak kawan-kawan korang yang tidak berpeluang mendownload Beta version Street Fighter 5 dulu! Apalagi, ni lah masanya untuk meriahkan sesi Beta testing kali ini!

Yang tak bestnya, masih tiada berita tentang fightstick PS3 backward compatibility. Come on Capcom! Mana janji mu!?

Street Fighter 5 akan dilancarkan pada 16 Februari 2016.

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

HORI TAC 4: Boleh Beli or Boleh Blah!?

SFV: Pakcik Licik Main Baling Racun Pulak!