in ,

Seumpama The Last of Us 2, God of War Ragnarok Mungkin Boleh Main Sebagai Atreus

Bagi yang sudah bermain The Last of Us dan The Last of Us Part II, pastinya tahu bagaimana pembahagian karakter dalam kedua-dua game yang dibangunkan Naughty Dog itu.

Dalam game pertama, kita difokuskan untuk bermain sebagai Joel, hanya sebahagian kecil game kita bermain sebagai Ellie. Kemudian, dalam sekuelnya, ia membawakan sedikit kelainan di mana pemain bertukar-tukar perspektif antara Ellie dan Abby, dan kita hanya disajikan sedikit gameplay menggunakan Joel.

Dalam satu podcast di Instagram, artis konsep Santa Monica, Samuel Matthews telah mendedahkan yang studio itu mungkin akan mengambil inspirasi dari The Last of Us Part II untuk ditampilkan ke dalam game God of War seterusnya.

Matthews menyatakan yang Santa Monica mungkin akan mempertimbangkan untuk melakukan hal yang seumpama apa yang Naughty Dog lakukan antara Ellie dan Abby. Dalam kata lain, mereka mungkin akan cuba untuk bertukar-tukar perspektif antara duo anak beranak, Kratos dan Atreus.

Bagaimana sekalipun bentuk penceritaan yang sedang dipertimbangkan Santa Monica, pastinya pendekatan seumpama ini adalah sesuatu yang agak berisiko memandangkan penerimaan yang kurang baik daripada sesetengah peminat The Last of Us terhadap dinamik antara Ellie dan Joel. Namun, sekiranya ia masih memfokuskan kepada jalan cerita Kratos, ia tentu tidak menimbulkan sebarang masalah besar.

Apa pula pandangan korang? Setuju sekiranya Santa Monica menggunakan pendekatan seperti ini?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Epic Games Store Beri Percuma NBA 2K21, Mengacah Satu Lagi Game Misteri

Jom Dengar Henry Cavill aka Geralt of Netflix Bacakan Buku Pertama The Witcher

Netflix Sedang Menghubungi Individu Penting Industri Gaming Untuk Bantu Bikin Game