Setelah sekian lama membisu dan terperosok ke dalam “neraka pembangunan” (development hell), akhirnya ada perkembangan terbaru tentang game ini.

Square Enix telah mengeluarkan trailer acah terbaru untuk Final Fantasy VII Remake, dan berjanji akan memperlihatkan lebih banyak pada bulan Jun nanti. Korang boleh tontonnya di bawah:

Game ini pertama kali diumumkan semasa E3 2015, walau bagaimanapun telah tergendala disebabkan pelbagai masalah misteri apabila Squre Enix menukarkan pembangunan game dari studio CyberConnect2 pada 2017 dan meletekkannya ke dalam pembangunan studio dalaman.

Selepas mengeluarkan trailer ini, nampaknya mereka kini sudah berada di landasan yang betul untuk memperkenalkan game ini semula. Trailernya juga kelihatan cukup mantap.

Sama-samalah kita nantikan apakah yang bakal mereka perlihatkan dan umumkan pada bulan hadapan.

JomKomen!