in , , ,

Setelah Sekian Lama, Ini 15 Minit Gameplay Rasmi Pertama Starfield

Setelah sekian lama diumumkan dan membuatkan ramai peminat ternanti-nanti, Microsoft dan Bethesda Softworks akhirnya telah memperlihatkan gameplay pertama Starfield.

Video gameplay rasmi pertama ini berdurasi 15 minit, menampilkan ulasan daripada Todd Howard, pengarah game di Bethesda Game Studios, yang menerangkan apa yang para pemain boleh lakukan dalam game yang cukup luas ini.

Antara gameplay yang dipaparkan ialah ekplorasi angkasa lepas, aksi menembak haiwan di planet-planet asing, pengubahsuaian kapal angkasa yang boleh diterbangkan, dan banyak lagi.

Bethesda mendedahkan yang game ini akan membawakan lebih 100 sistem bintang yang berbeza, yang keseluruhannya akan menyediakan lebih 1,000 planet untuk diterokai. Paling menarik, setiap inci daripada setiap planet itu boleh diterokai oleh para pemain.

Jom layan gameplay ini:

Seperti yang diumumkan sebelum ini, tarikh pelancaran Starfield telah ditunda ke tahun 2023, dan akan dilancarkan untuk Xbox Series dan PC.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Hideo Kojima, Xbox Game Studios Umum Kerjasama, Bikin Game “Yang Tak Pernah Dialami”

Overwatch 2 Akan Dilancarkan Sebagai Game Percuma Pada Oktober