Kali terakhir peminat PES dapat memainkan Bayern Munich secara rasmi ialah dalam PES 2016. Setelah tiga tahun menghilang, kini kelab terbesar Bundesliga itu akan kembali dalam eFootball PES 2020.

Menjelang pelancaran eFootball PES 2020, Konami telah mengumumkan satu lagi  perjanjian kerjasama bersama salah satu kelab terbesar dunia, iaitu Bayern Munich. Seperti mana kerjasama bersama kelab lain yang diumumkan sebelum ini, Bayern Munich juga akan ditampilkan secara rasmi dengan kesemua jersi, imbasan wajah secara 3D serta rekaan stadium keramat Allianz Arena yang juga akan diimbas secara 3D.

Bersama-sama dengan kerjasama dengan kelab ini, mereka turut mendedahkan yang Serge Gnabry akan menjadi salah seorang duta untuk eFootball PES 2020.

Selain itu, beberapa pemain legenda Bayern Munich juga akan dibawa masuk ke dalam mode myClub, yang telah didedahkan setakat ini ialah Oliver Kahn.

Korang boleh saksikan trailer pengumuman kerjasama antara Konami dan Bayern Munich di bawah:

Jangan ketinggalan, Bayern Munich juga akan boleh dimainkan dalam versi demo yang akan dikeluarkan pada 30 Julai ini nanti.

eFootball PES 2020 akan dilancarkan sepenuhnya pada 10 September 2019 untuk PC, PS4 dan Xbox One.


[IKLAN]
Berminat nak dapatkan PES 2020? Korang boleh hubungi PES Malaysia untuk pre-order dengan letakkan deposit dulu sebanyak RM50. Paling penting, dapat servis yang mantap & semestinya PES 2020 versi R3 (Asia)!

JomKomen!