in , , ,

Setelah Hampir 5 Tahun Menunggu, Tarikh Pelancaran Kingdom Hearts 3 Diumumkan

Penantian akhirnya tamat.

Setelah hampir lima tahun sejak ia pertama kali diumumkan, akhirnya tarikh pelancaran Kingdom Hearts 3 telah didedahkan. Kingdom Hearts 3 akan dilancarkan di PS4 dan Xbox One pada 29 Januari 2019.

Pengarah francais ini, Tetsuya Nomura dalam satu kenyataan di Twitter telah memohon maaf atas penangguhan ini, yang mana game ini sepatutnya dilancarkan pada tahun 2018. Pengumuman ini dibuat bersempena dengan KINGDOM HEARTS Orchestra -World Tour-.

Nomura menyatakan lagi yang beberapa trailer akan dikeluarkan sepanjang E3 ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Pencipta PUBG Beri Reaksi Terhadap Pengumuman Mode Battle Royale Dalam Battlefield V

Halo Infinite Kembali Bersama Master Chief!