in , ,

“Sesuatu Yang Baru” Bakal Diumumkan Untuk Xbox Oleh Microsoft Pada Hari Ini

Apa yang bakal diumumkan?

Minggu ini ialah minggu untuk acara Gamescom. Sebagai acara gaming kedua terbesar dunia selepas E3, pastinya akan ada pelbagai pengumuman baru yang menarik.

Dan nampaknya, Microsoft bakal mengumumkan sesuatu yang agak menarik untuk Xbox pada hari ini. Terbaru, orang kuat Xbox, Larry Hryb atau lebih popular dengan nama “Major Nelson”, telah memuatnaik satu gambar acah di laman Twitter-nya.

Gambar tersebut memaparkan papan tanda yang ada di acara Gamescom 2018 yang mengatakan “satu pendedahan bakal tiba esok”. Tweet tersebut disertakan dengan kapsyen yang meletakkan emoji “berteka-teki”.

https://twitter.com/majornelson/status/1031848563746193411

Para peminat tegar Xbox sudah mula membincangkan apakah yang bakal didedahkan. Adakah controller baru? Game eksklusif baru? Fungsi baru dalam Xbox? Atau mungkin konsol Xbox yang baru?

Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada Microsoft.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Saksikan 20 Minit Gameplay Life is Strange 2 Berlatarbelakangkan Seattle

Saksikan 2 Trailer Sinematik Baru Assassin’s Creed Odyssey, Paparkan Kassandra Dan Alexios Bertempur