in

Sesuatu Aneh Sedang Dilakukan Epic Games: Fortnite Diacah Dengan Pedang, Infinity Blade Dibuang Dari iOS

Apa yang sedang dilakukan oleh Epic Games pada waktu ini adalah sesuatu yang sangat aneh — dua game yang mungkin kita semua tidak pernah terfikir boleh dikaitkan bersama. 

Semalam, Epic Games telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak mengejutkan tentang francais game eksklusif di iOS keluaran mereka, iaitu Infinity Blade. Mereka telah mengumumkan yang ketiga-tiga game Infinity Blade, yang dibangunkan bersama Chair Entertainment, telah dibuang dari App Store.

Bagi mereka yang memiliki game-game tersebut, ia boleh dimainkan seperti biasa, juga boleh dimuat-turun semula (jika dah delete sebelum itu), namun sebarang bentuk pembelian dalam game telah dipadamkan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, salah satu sebab mengapa mereka membuang Infinity Blade ini adalah disebabkan ia terlalu sukar untuk menyokong francais ini di tahap yang menepati standard Epic.

Apa yang menarik ialah Epic menyatakan yang kita akan menemui Infinity Blade ini di “tempat yang kamu tidak akan jangka”. Tapi sebenarnya kita semua boleh jangka. Macamlah kita semua tak tahu yang Epic kini hanya mahu fokus kepada Fortnite.

Tup tup, Fortnite telah diacah dengan satu video memaparkan seorang lelaki yang menghunus pedang ke udara — semestinya kelihatan seperti satu karakter dari francais Infinity Blade.

Tapi apa sebenarnya kandungan Infinity Blade yang akan dibawakan Epic ke dalam Fortnite? Apakah satu lagi cabang senjata, khas sebagai satu senjata tajam (melee) akan diperkenalkan, berbeza dengan cabang senjata Pickaxe yang digunakan untuk farm material? Kalau korang bermain Fortnite: Save the World, pastinya korang tahu yang ada dua cabang senjata yang berbeza, iaitu Melee (untuk membunuh zombi di jarak dekat) dan Pickaxe (untuk farm material).

Atau mungkin satu mode baru akan diperkenalkan? Satu mode unik yang mempunyai elemen seperti mode Thanos yang pernah dibawakan sebelum ini? Sama-samalah kita nantikan.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Overcooked 2 Mengacah Dengan Kandungan Baru Bertemakan Salji, Kemungkinan Percuma

Selepas Mengacahnya Semalam, Fortnite Battle Royale Tambah Senjata Infinity Blade, Saksikan Pedang OP Ini Beraksi