Sumber: BunnyTeam.Net

Di sebalik semua penghargaan dan anugerah yang diterima, sesi percubaan pertama untuk Horizon Zero Dawn suatu ketika dahulu menerima banyak respons negatif dari penguji game.

Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.

Maksud peribahasa itu benar mencerminkan Guerilla Games dalam menghasilkan game eksklusif PlayStation yang menjadi pilihan ramai pemain pada tahun lepas. Menurut pereka Guerilla Games, Eric Boltjes berkongsi perkara pahit manis membangunkan Horizon Zero Dawn dalam satu post-mortem game terkenal ini semasa berada di Games Developer Conference (GDC) baru-baru ini.

Boltjes memberitahu sesi percubaan julung kali pertama berlangsung selama lima hari, melibatkan 20 pemain bermain keseluruhan game ini. Lebih-lebih lagi, sesi percubaan ini dilakukan setahun sebelum Horizon Zero Dawn dipasarkan.

“Saya benar-benar rasa cemas,” dedah Boltjes. “Ia amat sukar membaca ‘game anda ini bosan’ dalam huruf besar terutamanya kami bangunkan idea ini dari awal dengan sumber yang sikit.”

Penguji game menambah lagi input seperti menyatakan masalah bug, isu ketidakstabilan besar dan mereka merasakan teras mekanik game ini amat teruk. Komen-komen berkenaan memaksa pihak pembangun untuk berundur ke belakang dan cuba untuk menyelesaikan masalah yang dinyatakan oleh penguji game.

Walaubagaimanapun, sesetengah persoalan tidak dapat dijawab antaranya adalah tentang sumber ekonomi yang memeningkan dalam game. Menurut Boltjes, oleh sebab struktur game berbentuk open-world, pembangun mahukan banyak sumber boleh dikumpulkan supaya pemain boleh membina senjata dan peralatan yang bagus tetapi kepentingan sumber individu tidak dapat disampaikan secara efektif.

Tambahan pula, sejarah bersilih ganti budaya suku kaum dan kepelbagaian mitos dalam Horizon Zero Dawn menghasilkan persoalan yang membingungkan antara perbezaan bahasa dunia dan bahasa pemain.

Di samping itu, Boltjes mendedahkan bagaimana studio ini berubah dari membangunkan siri game shooter berjaya (Killzone) kepada game bergenre third-person adventure yang berunsurkan open-world iaitu Horizon Zero Dawn. Beliau turut juga menimba banyak pengalaman berharga selama 5 tahun ini boleh digunapakai untuk projek game seterusnya.

Di sebalik semua kepayahan, Horizon Zero Dawn berjaya menawan hati ramai pemain dan menjadi IP paling banyak terjual untuk konsol PlayStation 4.

JomBaca: Horizon Zero Dawn: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Sumber: US Gamer

JomKomen!