Ghost Recon Breakpoint akan dilancarkan sepenuhnya pada bulan hadapan, namun pada minggu hadapan, korang boleh mencubanya terlebih dulu.

Sesi open beta untuk Ghost Recon Breakpoint akan diadakan pada 26 hingga 29 September ini. Berikut ialah waktu preload, waktu bermula dan watu tamat sesi open beta ini (waktu Malaysia):

Preload

  • Xbox One/Uplay — 24 Sept, 6 petang
  • PS4 — 25 Sept, 11 pagi
  • Epic Games — 23 Sept, 11 malam

Bermula

  • Xbox One/PS4/Uplay — 26 Sept, 6 petang
  • Epic Games — 26 Sept, 11 malam

Tamat

  • Semua platform — 29 September, 10 malam

Sesi open beta ini akan membenarkan pemain untuk bermain solo atau co-op sehingga 4 orang pemain. Ubisoft memberitahu akan ada dua bahagian untuk pemain cuba, iaitu PvP dan Missions.

PvP merupakan mode yang akan mempertemukan perlawanan antara pemain dengan pemain melalui empat map yang tersedia iaitu Skell Port, PMC Camp, Cold War Bunker dan Deserted Harbor. Mode yang akan dibawakan ke dalam PvP ialah Elimination sahaja.

Missions pula ialah bahagian daripada story dalam game ini. Ada 3 jenis Missions dibawakan untuk pemain cuba iaitu Operation Greenstone (story utama), Auroa Missions (misi sampingan), serta Faction Missions.

Pemain juga berpeluang untuk meneroka ke dunia terbuka. Enam kawasan akan dibuka kepada pemain iaitu New Argyll, Infinity, Sinking Country, Fen Bog, Smuggler Coves, dan Mount Hodgson. Ubisoft turut membuka tiga kawasan Drone berbeza iaitu Murmurs, Aamons, dan Behemoths.

Seperti biasa, progress yang dicapai pemain semasa sesi open beta ini tidak akan dibawa ke dalam game penuh kelak.

Ghost Recon Breakpoint dilancarkan untuk PC, PS4 dan Xbox One pada 4 Oktober 2019.

JomKomen!