in , , , ,

Sesi Open Beta Hyper Scape Kini Boleh Dimainkan Di PC, Saksikan 2 Trailer Terbaru

Dalam acara Ubisoft Forward yang berlangsung awal pagi tadi, Ubisoft telah memperlihatkan dua trailer terbaharu untuk game battle royale yang baru sahaja mereka umumkan pada minggu lalu, Hyper Scape.

Trailer pertama ialah trailer sinematik yang memaparkan beberapa aksi dan kisah latar belakang di sebalik kewujudan dunia maya Hyper Scape. Seperti biasa, Ubisoft tidak pernah gagal untuk mencipta sebuah trailer sinematik yang mengagumkan. Jom layan:

Trailer kedua pula ialah trailer pengumuman untuk memberitahu bahawa sesi open beta sudahpun boleh dimainkan di PC. Korang boleh muat-turun sesi open beta ini melalui pautan ini. Buat masa ini tiada lagi sesi open beta untuk konsol.

Jom layan trailer ini yang memperlihatkan sedikit gameplay:

Hyper Scape akan dilancarkan sepenuhnya untuk PC, PS4 dan Xbox One. Walau bagaimanapun, tarikh pelancarannya belum didedahkan.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Tom Clancy’s Elite Squad, Game Mobile RPG Dari Ubisoft, Sudah Boleh Pra-Daftar Di Android Sekarang

Tom Clancy’s Elite Squad, Game Mobile RPG Dari Ubisoft, Sudah Boleh Pra-Daftar Di Android Dan iOS Sekarang

Assassin's Creed Valhalla Paparkan Trailer Baru, Serta 30 Minit Gameplay Lebih Mendalam

Assassin’s Creed Valhalla Paparkan Trailer Baru, Serta 30 Minit Gameplay Lebih Mendalam