Sabar semua. Jangan mengamuk dan jadi Super Saiyan lagi.
Sesi open beta untuk Dragon Ball FighterZ telahpun bermula petang semalam. Tetapi sebilangan besar para pemain tidak dapat masuk ke dalam server sehingga lewat malam tadi disebabkan isu sambungan (network).
Oleh sebab isu yang membuatkan kebanyakan pemain kecewa, Bandai Namco kemungkinan akan mempertimbangkan untuk memanjangkan tempoh sesi open beta ini.
Membuat pengumuman di Facebook, Bandai Namco menyatakan lagi yang isu tersebut tidak boleh diselesaikan dalam masa yang singkat dan mereka juga berharap agar para pemain boleh bersabar. Mereka turut mengucapkan terima kasih kepada pemain yang terus menyokong game ini dalam masa mereka sedang membaiki pengalaman bermain.
Dragon Ball FighterZ akan dilancarkan sepenuhnya di PC, PS4 dan Xbox One pada 26 Januari 2018.
JomBaca: Inilah 11 Karakter Yang Boleh Dimainkan Dalam Open Beta Dragon Ball FighterZ Pada Hujung Minggu Ini
Comments
Loading…