Dah bersedia untuk kembali ke era Perang Dunia Kedua?
EA telah mengesahkan yang sesi open beta untuk Battlefield V akan diadakan pada bulan September ini nanti. Tarikh tepat bilakah ia akan berlangsung masih lagi tidak didedahkan, tetapi mereka menyatakan yang ia akan diadakan pada awal September.
Perkara ini disahkan oleh mereka dalam satu post tentang apa yang mereka belajar daripada closed alpha yang diadakan baru-baru ini.
Antara poin yang mereka akan ambil perhatian bagi memperbaiki Battlefield V adalah isu matchmaking, sistem revive, inventori peluru untuk sesetengah senjata, Time To Kill (TTK) dan banyak lagi. Korang boleh baca post penuh EA di sini.
Battlefield V akan dilancarkan sepenuhnya di PC, PS4 dan Xbox One pada 11 Oktober 2018.
JomBaca: “Kalau Tak Suka Wanita Dalam Battlefield V, Tak Payah Beli” – Tegas CEO EA
Comments
Loading…