in , , , ,

Sesi Beta Fallout 76 Adalah Sama Dengan Game Penuh, Progress Akan Dibawa Ke Hari Pelancaran

Kembali ke dunia pasca-apokalips.

Sesi beta untuk Fallout 76 akan memberikan pemainnya fungsi sama dengan game penuh, dan segala yang korang peroleh dalam versi ini akan dibawakan ke dalam game penuh apabila ia dilancarkan nanti.

Bethesda mengumumkan perkara ini dalam FAQ untuk Fallout 76. Mereka menyatakan “perancangan untuk BETA sekarang adalah ia akan menjadi sebuah game penuh dan semua progress akan disimpan untuk pelancaran.”

FAQ itu juga mendedahkan yang tiada NDA (non-disclosure agreement) untuk versi beta ini, bermakna, para pemain bebas untuk memuatnaik screenshot, video dan berbincang apa-apa mengenai game ini secara terbuka.

Walau bagaimanapun, berita ini (pemberian game penuh dalam versi beta dan segala progress akan dibawa) adalah sesuatu yang tidaklah mengejutkan. Hal ini kerana mereka yang melakukan pra-tempah untuk game ini sahaja akan diberikan akses kepada versi beta ini.

Sebelum ini, Bethesda telah mengesahkan yang sesi beta ini akan bermula pada bulan Oktober. Mereka akan memilih sebahagian daripada mereka yang telah melakukan pra-tempah game ini untuk diberikan akses kepada beta, dan turut mengatakan yang jumlah pemain beta ini akan berkembang dari semasa ke semasa.

Fallout 76 akan dilancarkan sepenuhnya pada 14 November 2018 untuk PC, PS4 dan Xbox One.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

15 Minit Gameplay Pertama Shadow of the Tomb Raider Paparkan Aksi Lara Croft Terperangkap Di Dalam Gunung

Mod Pandangan First-Person Uncharted 4 Ini Memperlihatkan Betapa Cantiknya Game Ini