in , , ,

Servis Langganan Ubisoft+ Akan Hadir Ke Xbox, Belum Ada Perancangan Untuk PlayStation

Ubisoft dan Xbox telah mengumumkan kerjasama, yang mana kita akan dapat melihat dua syarikat itu mengadakan beberapa kerjasama langganan.

Pertama sekali, servis langganan premium Ubisoft+ akan dilancarkan ke Xbox, membawakan lebih 100 game terbitan Ubisoft ke platform Microsoft itu.

Sebelum ini, Ubisoft+ hanya boleh dilanggan melalui platform PC.

Tiada sebarang waktu pelancaran didedahkan setakat ini, di mana mereka hanya menyatakan ia bakal hadir pada “masa akan datang”.

Bagi yang tidak tahu, Ubisoft+ merupakan satu servis langganan yang apabila pemain melanggannya, mereka akan mendapat akses kepada lebih daripada 100 game terbitan Ubisoft termasuklah segala francais AAA seperti Assassin’s Creed, Far Cry, dan banyak lagi.

Bersama-sama dengan pengumuman kerjasama ini, Ubisoft turut mengumumkan yang game co-op shooter akan datang mereka, Rainbow Six Extraction akan hadir ke Xbox Game Pass pada hari pertama pelancaran iaitu pada 20 Januari 2022.

Malah, game asal yang menjadi asas kepada pembikinan game itu, iaitu Rainbow Six Siege akan turut masuk ke dalam Xbox Game Pass pada tarikh yang sama.

Dalam satu laporan berbeza, Push Square telah melaporkan bahawa seorang jurucakap Ubisoft telah menyatakan yang mereka buat masa ini belum mempunyai sebarang perancangan untuk melancarkan Ubisoft+ ke PS4 atau PS5.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Filem Uncharted Keluarkan Video Lebih Panjang Babak Nathan Drake Jatuh Dari Kapal Terbang

The Last of Us Remake Dilaporkan Sudah Hampir Siap Dan Akan Dilancarkan Tahun Ini