in , ,

Server Online Untuk Gran Turismo 6 Akan Ditutup Pada 28 Mac 2018

Gran Turismo 6 kini memasuki lap yang terakhir!

Sony telah mengumumkan bahawa server online untuk Gran Turismo 6 akan ditutup pada 28 Mac 2018. Ini bermakna, game ini telah berkhidmat kepada racers di luar sana selama kira-kira 4 tahun, yang mana ia telah dilancarkan pada Disember 2013.

Penutupan server ini bukan sahaja memberi kesan kepada platform PS3, malah ia juga bakal menutup server yang ada untuk aplikasi iOS dan Android, GT6 Track Path Editor.

Semua elemen offline GT6 tidak akan disentuh mereka selepas penutupan pada 28 Mac 2018 itu, bermakna korang boleh bermain secara offline selepas itu seperti biasa. Namun, pengagihan DLC akan berakhir pula 31 Januari 2018 apabila penutupan terhadap elemen online seperti Community, Open Lobby, Quick Match, dan Seasonal Events.

Korang boleh baca kenyataan rasmi Sony mengenai perkara ini di sini.

Bulan Mac akan datang menandakan berakhir GT6 – apa memori terindah korang semasa bermain game ini? Kongsikan dengan kami di ruangan komen.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Siri MasterBox Lite Dari Cooler Master Diperbaharui

Go 4 The Kill Membawakan Mode Pertempuran Battle Royale Kepada Counter-Strike: Global Offensive