in , , ,

Server Multiplayer Killzone 2 Dan 3 Akan Ditamatkan Dalam Jangka Masa 3 Bulan

Selamat tinggal, multiplayer Killzone 2 dan 3.

Killzone 3

Baru-baru ini, pembangun Guerilla Games dan penerbit Sony Interactive Entertainment mengumumkan secara rasmi bahawa server multiplayer untuk kedua-dua Killzone 2 dan Killzone 3 akan pergi ke mod offline pada bulan Mac tahun hadapan.

Dalam satu blog post melalui laman sesawang Guerilla Games, mereka mengucapkan berjuta terima kasih kepada peminat yang menikmati mod online untuk kedua-dua game itu.

Walaupun tiada lagi servis online Killzone 2 dan 3 tetapi korang masih lagi boleh menikmati mod single-player.

Untuk pengetahuan korang, terdapat trofi dalam Killzone 2 dan 3 yang memerlukan pemain untuk bermain secara online. Oleh itu, kalau korang teringin nak memburu trofi platinum, kami nasihatkan korang kena berbuat demikian dalam masa tiga bulan ini sebelum tiba mod online berakhir pada Mac tahun hadapan.

Killzone 2 secara asalnya dilancarkan pada 26 Februari 2009 manakala pula Killzone 3 dilancarkan pada 22 Februari 2011 dan kedua-dua game ini dikeluarkan khas untuk PS3.

Ini bermakna server multiplayer Killzone 3 bertahan selama 7 tahun manakala mod online Killzone 2 bertahan hampir sedekad sebelum akan tiba masa ditamatkan pada 29 Mac 2018. Memang gempak.

Bagi korang yang pernah merasa bermain Killzone 2 dan 3 terutamanya mod online multiplayer, adakah korang akan merindui kedua-dua game ini?

Written by Intan Zarthana

Peminat besar Dragon Age, The Last of Us dan Uncharted. Sukakan game yang ada jalan cerita yang bagus.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Crash Bandicoot N. Sane Trilogy Adalah Game Remastered Paling Laris Terjual Dalam Sejarah PS4!

Pembangun The Division Acah-Acah Kemungkinan Untuk Membuat Sekuel