Mahu ditaja dan bertanding menentang pemain-pemain PES 2020 terhandal Asia Tenggara di Jakarta, Indonesia? Begini caranya!
WEPES Malaysia (WEPESMAS) telah pun menganjurkan beberapa pertandingan yang PES 2020 yang membawa kepada pengumpulan mata dalam ranking yang mereka sediakan. Ranking ini ada signifikannya, yang mana ia akan membawa kepada acara kemuncak yang bakal diadakan di Indonesia.
32 pemain terbaik (top 32) daripada ranking yang telah berlangsung sepanjang musim ini akan berentap dalam pusingan akhir di Hax Gaming Studio, Petaling Jaya, Selangor. Dua pemain, juara dan naib juara dari pusingan akhir akan mendapat tajaan penuh oleh WEPESMAS untuk berentap di Jakarta, Indonesia dalam acara yang digelar Grand Finale Piala Presiden Esports 2020 pada 1 dan 2 Februari 2020.
Pasukan negara Asia Tenggara lain yang turut akan berentap dalam acara ini ialah Thailand, Vietnam, Myanmar dan tentunya tuan rumah, Indonesia.
Apa yang menarik tentang Grand Finale Piala Presiden Esports 2020 ini? Juara akan membawa pulang wang tunai USD7,000 (~RM29,210)!
Sekiranya korang baru tahu tentang kejohanan ini, masih belum terlambat untuk melayakkan diri. Akan datang, WEPESMAS bakal menganjurkan tiga pertandingan PES 2020 yang juga bakal menyumbang kepada ranking itu. Apabila korang berjaya menjadi lapan pemain terbaik (top 8) daripada setiap tiga pertandingan ini, mata akan dikumpul dalam ranking keseluruhan.
Tiga pertandingan akan datang tersebut ialah:
PES2020 & PUBG Mobile ESPORTS SKILL CHALLENGE di Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu pada 6 dan 7 Disember 2019.
PES2020 ALL STARZ PD di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 21 Disember 2019.
RED ZON PES2020 PS4 CHALLENGE di Batu Kurau, Perak pada 21 Disember 2019.
(Klik nama pertandingan di atas untuk info lanjut)
Untuk segala info lanjut tentang perjalanan kejohanan ini, korang boleh tanyakan kepada laman Facebook WEPESMAS.
Comments
Loading…