AniManGaki kembali ke tahun 2022 (AMG22) di Mines International Exhibition Convention Centre pada 27 hingga 28 Ogos ini dengan lebih banyak aturcara yang memeriahkan! Semestinya tradisi pertandingan fighting games turut akan menjadi salah satu highlight acara AMG22!
Untuk tahun ini, 3 fighting game iaitu Tekken 7, Guilty Gear Strive dan Super Smash Bros Ultimate akan dijalankan serentak pada kedua-dua hari tersebut di mana perlawanan finals akan berada di atas pentas pada petang Ahad!
Dengar khabar cerita, pertandingan finals Guilty Gear akan diikuti dengan laungan nyanyian lagu ‘Smell of The Game’ sambil pertandingan tersebut akan dijalankan.
Pertandingan ini dianjurkan oleh Infinite Carnage dan Offstage serta dikuasakan oleh Logitech. Sebanyak RM3,000 prizepool ditawarkan untuk pertandingan tahun ini dan masih terdapat slot untuk anda mencuba!
Penyertaan untuk satu game adalah RM75, termasuk tiket masuk ke event AMG22. Untuk mendaftar salah satu game, sila lawat FB Infinite Carnage untuk maklumat tentang pertandingan tersebut.
Selain fighting game, apa je lagi ada di Animangaki?
AniManGaki adalah salah satu konvensyen anime komik games (ACG) terbesar di Malaysia dianjurkan oleh Rakugaki Events, tidak lama sebelum ini mereka baru sahaja membuat ‘teaser kecil’ untuk menunjukkan apa lagi yang bakal datang.
Tahun ini, antara acara menarik yang akan dijalankan adalah AniManGaki Idol, pertandingan cosplay, pertandingan melukis, tetamu undangan istimewa panel & workshop, pelancaran vtuber, shopping di doujin alley dan melawat kafe Waku Waku yang dipenuhi oleh Anya sebagai pembantu kafe!

Jangan juga lupa untuk dapatkan peluang membawa pulang merch rasmi Genshin Impact dan PUBG mobile apabila di sana.
Untuk keselesaan dan keselamatan mengikutkan norma baru, hanya 30,000 tiket akan dijual untuk sehari. Tiket untuk sehari boleh beli di kaunter walk-in. Pelbagai aktiviti menarik dan persembahan menanti semua peminat anime, komik dan games!
Jumpa di sana!
Sumber: AniManGaki
Comments
Loading…