in , ,

Seperti Dijangka, Tayangan Filem Uncharted Ditunda Lagi Ke Oktober 2021 Kerana Wabak COVID-19

Tom Holland sebagai Nathan Drake dalam filem rasmi Uncharted akan datang.

Masih yakin bahawa filem Uncharted akan akhirnya menamatkan sumpahan tergendalanya selama lebih sedekad? Waktu itu nampaknya semakin menjauh.

Dua minggu lalu, Sony telah menangguhkan penggambaran filem Uncharted yang dijadualkan bermula pada April ini disebabkan wabak pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia. Pada ketika itu, Sony masih lagi menetapkan yang filem itu akan ditayangkan pada Mac 2021.

Walau bagaimanapun, terkini, Sony telah menganjakkan lagi tarikh tayangan filem adapatasi dari francais video game yang dibangunkan Naughty Dog itu ke tarikh yang baharu, iaitu 8 Oktober 2021, lapor GamesRadar.

Selain itu, dua lagi filem terkemuka yang diumumkan turut ditunda tarikh tayangannya ialah Ghostbusters: Afterlife dan Marvel’s Morbius yang mana kedua-duanya akan ditayangkan dalam bulan Mac 2021.

Filem Uncharted ini akan diarahkan oleh Ruben Fleischer. Antara arahan yang mengangkat nama Fleischer ialah filem Zombieland dan Venom. Ia akan dibintangi oleh Tom Holland sebagai Nathan Drake dan Mark Wahlberg sebagai Sully, selain turut menampilkan Antonio Banderas, Sophia Ali dan Tati Gabrielle.

Setelah lebih daripada sedekad tergendala, bertukar-tukar pelakon utama, berganti-ganti pengarah sebanyak tujuh kali — apakah filem ini nanti akan akhirnya berjaya ditayangkan? Jangan terlalu mengharap.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Nier Replicant Akan Mendapat Versi Remastered Untuk PC, PS4 Dan Xbox One, Versi Mobile Turut Diumumkan

Nier Replicant Akan Mendapat Versi Remastered Untuk PC, PS4 Dan Xbox One, Versi Mobile Turut Diumumkan

Penghantaran Global Unit Fizikal Final Fantasy VII Remake Dibuat Lebih Awal Kerana Wabak COVID-19