in , , , ,

Seperti Dijangka, FIFA 21 Umum Kerjasama Eksklusif Bersama AC Milan Dan Inter Milan

Ketika Konami mengumumkan bahawa kontrak perlesenan bersama AC Milan dan Inter Milan tidak akan disambung, kita sudah tahu ke game manakah dua kelab ikonik Milan ini akan pergi.

Seperti dijangka, EA Sports telah mengumumkan kerjasama eksklusif bersama AC Milan dan Inter Milan untuk game bola sepak mereka akan datang, FIFA 21. EA Sports mendedahkan perjanjian baharu ini dalam dua video trailer berasingan yang masing-masing menampilkan Ricardo Kaka dan Javier Zanetti sebagai suara latar.

Mereka menyatakan dengan jelas bahawa FIFA 21 adalah satu-satunya game yang pemain boleh mainkan kelab AC Milan, Inter Milan dan stadium San Siro — menandakan kita tidak akan dapat menyaksikan kandungan ini dalam PES 2021.

Selain itu, EA Sports turut mengumumkan yang mereka telah menamatkan kerjasama dengan AC Roma yang mana pasukan tersebut akan diletakkan dengan nama palsu iaitu ‘Roma FC’ dalam FIFA 21. Walau bagaimanapun, para pemain sebenar AC Roma tetap akan tampil seperti biasa dalam Roma FC.

FIFA 21 akan dilancarkan pada 9 Oktober 2020 untuk PC, PS4 dan Xbox One, serta akan dikeluarkan pula untuk PS5 dan Xbox Series apabila konsol itu dilancarkan pada hujung tahun ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
PlayStation State of Play Akan Diadakan Pada Jumaat Pagi Ini, Tiada Berita PS5

PlayStation State of Play Akan Diadakan Pada Jumaat Pagi Ini, Tiada Berita PS5

Sony Sahkan Controller PS4, DualShock 4 Takkan Menyokong Game-Game PS5