in , , , ,

Seorang Pesakit Kanser Neuroblastoma Menerima Salinan Awal Fallout 76

Nampaknya adik Wes tak perlu tunggu la tunggu pelancaran Fallout 76 pada bulan November nanti. Steady la Bethesda!

Wes, seorang pesakit kanser berumur 12 tahun dari Virginia menyangka dia tidak akan berpeluang untuk mencuba Fallout 76 yang akan diterbitkan November nanti.

Namun begitu, semuanya berubah apabila Bethesda, diwakili oleh Matt Grandstaff selaku pembantu direktor telah datang membawa salinan penuh bagi siri terbaru Fallout itu.

Apa yang lebih menggembirakan Wes, beliau juga telah menerima sebuah prototaip bagi helmet Power Armor yang cukup sinonim pada peminat-peminat Fallout – dan ianya ditandatangani oleh Todd Howard!

Awal tahun lepas, Bethesda telah menjalankan aktiviti Make-A-Wish bagi kanak-kanak yang menhadapi penyakit kronik untuk melawati studio mereka namun begitu, Wes gagal menghadirinya kerana terlalu uzur. Nampaknya kali ini Bethesda telah membawakan hadiah yang cukup istimewa bagi Wes.

Fallout 76 akan diterbitkan pada 14 November untuk PC, PlayStation 4 dan Xbox One.

Sumber: Wes’ Fight Against Neuroblastoma.

Written by Hairi Sabri

Memulakan pengalaman gaming di Nintendo Game & Watch 'Parachute' dan kemudian di pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox. Suka mencuba pelbagai genre dan idea baru dalam dunia gaming tetapi meminati RPG dan FPS khususnya.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

PlayStation Classic: Tiada Penambahan Bilangan Game Pasca-Pelancaran, Tiada Fungsi Online

Melalui Servis PlayStation Now, Korang Kini Boleh Download Terus Game PS2 Dan PS4 Terpilih