Seorang lelaki berumur 44 tahun yang menetap di Moscow, Rusia maut selepas terjatuh di atas sebuah meja kaca semasa sedang memakai headset VR (Virtual Reality).
“Menurut laporan awal, semasa lelaki itu sedang bergerak di dalam bilik apartmennya sambil memakai headset VR, lelaki itu terjatuh dan terhempas ke sebuah meja kaca. Dia tercedera dan mati serta-merta akibat kehilangan banyak darah,” kata Yulia Ivanova, pembantu kanan kepada Ketua Jawatankuasa Penyiasatan Rusia cawangan Moscow.
Laporan itu tidak disertakan dengan maklumat tentang jenis VR yang digunakan oleh lelaki tersebut atau dia gunakan untuk tujuan apa. Ini boleh dikatakan laporan pertama tentang kematian berkaitan VR, yang kita pernah dengar.
Sumber: TASS