“Kau tak layak jadi teman lelaki anak perempuan aku.”
Kisah haru biru ini mula terjadi melalui satu bebenang secara langsung di laman Twitter oleh @buppa_stone, dia memberitahu dia baru sahaja berjumpa dengan teman lelaki anak perempuannya buat pertama kali.
Seorang bapa harus terima hakikat dengan anak perempuannya masih lagi seorang remaja tetapi sudah jatuh cinta dengan seorang lelaki. Mungkin sekadar cinta monyet. Tiada hal punya.

Selepas berborak-borak bersama teman lelaki anaknya, kebetulan pula kedua-dua lelaki ini menyukai bermain game secara khususnya Guilty Gear dbangunkan oleh Arc System Works iaitu suatu siri game genre fighting yang sangat popular sehingga sekarang walaupun sudah lama bertapak dalam industri game sejak pada tahun 1998.
Apa yang buat bapa ini bikin panas apabila budak lelaki mahu mencabar dia dalam Guilty Gear dan sekaligus membangkitkan semangat juang tinggi untuk bertarung dalam game kompetitif ini.
“Budak ini nak cabar aku dalam Guilty Gear, jadi aku nak ajar dia betul-betul. Aku sedang menyorok dalam tandas sekarang tetapi aku mahu tunjuk langit ini tinggi ke rendah kepada budak ini. Lagi pun, budak-budak berlagak macam dia selalu guna karakter Slayer,” seloroh buppa_stone melalui tweet-nya.
Dalam masa sejam, mereka mula berentap dan siapa paling banyak dapat menang dalam 10 perlawanan akan dinobat sebagai juara. Selepas 10 perlawanan kemudian, buppa_stone buktikan dia lebih handal berlawan dalam Guilty Gear dengan melaungkan kemenangannya, “10-6!!!!!!!!!! Perlawanan sudah tamat!!!!!!!! Kami selesai di sini!!!!!!!!!!!!!”
Dia turut memanjangkan lagi sambutan kemenangannya, “Aku dah main Guilty Gear sejak game pertama dalam siri ini (dilancarkan pada tahun 1998). Tak mungkin aku kena belasah dengan budak sekolah.”
Lebih dari itu, dia berkata dalam tweet yang diterjemahkan oleh SoraNews24, “Aku berjaya tewaskan budak itu. Budak itu tak layak jadi teman lelaki anak aku”. Aduh, pedih.
https://twitter.com/buppa_stone/status/940179373864370177
Walaupun buppa_stone berjaya merangkul juara, lagak kemenangannya tidak begitu disukai oleh ahli keluarganya sehingga tiada siapa yang mahu masakkan dia makan malam. “Aku kena tendang keluar dari rumah, jadi aku pergi ke kedai untuk beli rokok dan nasi kepal,” katanya.
https://twitter.com/buppa_stone/status/940180534180831233
Kisah ini berakhir dengan tweet yang membawa perasaan pahit manis. “Mereka akhirnya terima saya masuk ke dalam rumah, tetapi masih lagi tiada makan malam untuk saya,” ujar buppa_stone.
Apabila seorang bapa dalam lewat umur lingkungan 40-an pantang dicabar oleh lelaki muda dan berjaya menunjukkan dia masih lagi ada kebolehan untuk mengalahkan budak jauh lagi muda yang baru sahaja berkecimpung dalam Guilty Gear. Bapa ini turut menunjukkan belangnya, “Aku antara paling teruk bermain dalam kalangan keluarga aku dalam Guilty Gear Xrd REV2 dan budak hingusan ini tak mampu kalahkan aku pun? Dia memang tak patut dibenarkan dalam rumah kami.”
https://twitter.com/buppa_stone/status/940186569855574016
Semangat kompetitif seperti ditunjukkan dalam siri Guilty Gear pun penting juga tetapi adakah korang rasa bapa ini terlebih-lebih membawa perasaan terhadap lagak kemenangannya? Apa kata korang?
Comments
Loading…