in , , , , , ,

Senjata Kontroversi, Guided Missile Akan Kembali Dalam Fortnite Battle Royale

Test 1

Akan kembali menghantui korang.

Salah satu senjata yang paling over-powered (OP) yang pernah dimasukkan ke dalam Fortnite Battle Royale ialah Guided Missile. Dengan damage yang kuat serta kawalan jarak jauh yang sangat mudah, ia memberikan pemain yang menggunakan senjata ini satu kelebihan yang sangat tinggi berbanding pemain lain.

Setelah menerima maklumbalas yang sangat teruk, ia kemudian telahpun dibuang dari game untuk Epic Games mengkaji dan memperbaiki bagaimana untuk mengimbangkan semula senjata ini dengan lebih adil.

Terbaru, dalam satu video kemaskini yang Epic keluarkan, mereka mendedahkan yang Guided Missile akan kembali ke dalam game ini tidak lama lagi dengan penambahbaikan yang telah mereka lakukan.

“Apabila Guided Missile pertama kali masuk ke dalam Battle Royale, kami sukakan segala momen keseronokan dan yang menggilakan yang dilakukan,” kata pereka senior Andrew Bains.

“Tapi selepas ia dilancarkan, kami berkongsi kerisauan yang sama dengan kebanyakan komuniti Fortnite: ia amat sukar untuk melawan senjata letupan bergerak yang hampir tiada penghujung yang sangat efektif.”

Kemasukan semula Guided Missile ini akan disertakan sekali dengan mengurangkan kelajuan pergerakan, radius pusingan, damage, dan radius damage. Dan seperti mana-mana senjata letupan lain sekarang, hanya 12 peluru roket yang boleh dibawa dalam inventori.

Dalam erti kata lain, Epic ingin pemain menggunakan senjata ini lebih sebagai satu alat untuk meninjau sesuatu kawasan berbanding senjata yang memusnahkan.

Epic masih lagi belum mengumumkan bilakah senjata ini akan dimasukkan semula. Sama-samalah kita nantikan dan saksikan sama ada benar-benar senjata ini telah “dibaiki” ataupun tidak.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

AirAsia Saiyan Tarik Diri Daripada Mobile Legends SEA Cup 2018 Di Indonesia Sebagai Tanda Protes

Moonton Dan RevivalTV Memohon Maaf Kepada AirAsia Saiyan Atas Kontroversi Dalam Mobile Legends SEA Cup 2018