Terdapat dua trophy DLC untuk Crash Bandicoot N. Sane Trilogy didedahkan.
Laman sesawang Exophase mendedahkan senarai trophy untuk Crash Bandicoot N. Sane Trilogy yang akan datang termasuk dua trophy tambahan di bawah Lost Treasures DLC.
Kedua-dua gambaran trophy ini agak samar-samar. Trophy pertama iaitu Silver, berjudul The Crown Jewel. Bagi mendapatkan trophy itu, pemain harus “seek and destroy”. Trophy kedua dipanggil sebagai An Ancient Antiquity, trophy Gold yang memerlukan pemain untuk “Do hard time.”.
Anda boleh lihat senarai penuh Trophy untuk game ini di sini.
Apa yang menariknya tentang Crash Bandicoot N. Sane Trilogy, game remastered ini disahkan ada 3 platinum trophy dan setiap game iaitu Crash Bandicoot, Crash Bandicoot 2: Cortex Strikes Back dan Crash Bandicoot 3: Warped mempunyai senarai trophy berbeza.
Crash Bandicoot N. Sane Trilogy bakal berada di pasaran pada 30 Jun ini untuk PlayStation 4.
*Unit review Crash Bandicoot N. Sane Trilogy akan disediakan oleh NaGaming dan korang juga boleh dapatkan daripada mereka!
Comments
Loading…