in , ,

“Senang Aje Nak Cross-Platform Dengan Xbox” – Sony

Tidak sukar untuk menjayakan niat Microsoft melakukan cross-play antara Xbox One dengan platform-platform lain termasuk PlayStation, jawab pihak Sony.

Untitled

Semasa ditemu ramah Eurogamer, Presiden Sony Computer Entertainment’s worldwide studios, Shuhei Yoshida berkata dari segi teknikal, ia mungkin adalah perkara paling mudah untuk dilakukan.

Minggu lalu, Microsoft telah mengumumkan satu feature yang telah mengejutkan dunia gaming, dengan mengajak platform-platform lain untuk sama-sama menjayakan hasrat membenarkan cross-play multiplayer. Selepas pengumuman itu, pihak Sony masih lagi tidak membuat sebarang kenyataan yang kukuh mengenai ajakan Microsoft tersebut, sehinggalah ditemu ramah Eurogamer.

Dalam temu ramah tersebut, Yoshida mengatakan Sony telah menyokong fungsi cross-platform antara PS2, PS3, PS4 dan PC dalam banyak game, seperti Rocket League dan Street Fighter 5.

3023245-2708598978-25165

Dari segi teknikal, beliau berkata, menghubungkan PS4 dan Xbox One dalam cross-platform multiplayer pastinya terdapat sedikit cabaran, namun ia tidaklah sesukar yang disangka.

Namun, beliau menambah bahawa aspek yang paling sukar untuk dilakukan adalah memecahkan tembok antara dua syarikat ini, iaitu isu polisi dan isu perniagaan.

Memetik kata-kata Yoshida:

“Because PC is an open platform it’s much more straightforward [compared to Xbox One]. Connecting two different closed networks is much more complicated, so we have to work with developers and publishers to understand what it is they are trying to accomplish.

We also have to look at the technical aspect. The technical aspect could be the easiest.

We also have to look at policy issues and business issues as well.”

JomBaca: Sony Dilaporkan Sedang Membangunkan PS4.5, Dengan Kemampuan Resolusi 4K

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sony Dilaporkan Sedang Membangunkan PS4.5, Dengan Kemampuan Resolusi 4K

Uncharted 4 Kini Sudah Siap Di-Develop, Sudahkah Anda Bersedia?